Kerja-kerja penyelenggaraan kerosakan eskalator dan lif di beberapa stesen rel perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel di Lembah Klang, yang dibangkitkan pengguna di media sosial sebelum ini, sedang giat dijalankan.
Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan menjelaskan, selaku operator kepada perkhidmatan awam tersebut, pihaknya mengambil maklum berkenaan kerosakan itu dan isu ini dalam perhatian dan tindakan pihaknya.